Zai Enterprise.Com

Just another WordPress.com weblog

Hobi ( Hobby) – Remote Control Model .Oleh Jay

Posted by Welcome to Jay Twlight.Com on March 19, 2008

my-self-photo2.jpg

Hai Bertemu sekali lagi di Laman Blog Jay Twlight.Com. Laman Blog dimana semuanya ada disini.

Para Pelayar dan Pembaca setia Blog yang saya hargai…kali ini sekali lagi saya ingin menulis sesuatu yang berlainan daripada tulisan tulisan saya sebelum ini. Harap pembaca setia semua boleh berkompromi dengan saya kerna kali ini tulisan saya mungkin terdapat sedikit bahasa bahasa Rojak. Ini disebabkan beberapa Istilah yang akan saya gunakan tidak mengizinkan saya untuk menterjemakan dalam bahasa Malaysia dengan membawa maksud yang betul. Jadi harap para pembaca semua harap maklum…

Ya tajuk artikel saya kali ini berjudul Hobi atau dalam istilah bahasa English “Hobby “… jika dilihat pengertian dalam kamus Dewan ianya bermaksud sesuatu aktiviti atau kegemaran dimasa lapang. Istilah yang disebutkan ini jika kita kaji ianya merangkumi bidang yang amat luas sekali…..kerana sesuatu bentuk Hobi yang saya maksudkan boleh dalam apa saja bentuk dan aktiviti yang digemari setiap individu. Ada yang menjadikan aktiviti memancing sebagai satu Hobi, mungkin mengumpul barang barang antik juga boleh dijadikan sebagai satu bentuk Hobi. Tak kurang juga aktiviti lasak seperti mendaki gunung menjadi kegemarangan segelintir yang inginkan cabaran…. jadi sekali lihat memang susah untuk dihitung berapa banyak bentuk aktiviti yang boleh diamalkan dan menjadikan ianya satu bentuk Hobi yang kita minati.

Opps..tapi sebelum itu kepada semua pembaca salam sejahtera ” and May God Bless you all”. Baiklah ..mungkin para pembaca pernah mendengar apa yang disebut sebagai permainan” Remote Control Model” atau permainan model kawalan jauh? Kebelakangan ini dinegara kita Malaysia mula diserang dengan satu lagi demam kegilaan selepas aktiviti Mat Rempit , kali ini pula dalam dunia permotoran apa yang disebut sebagai Drifting… saya rasa anda semua pernah mendengarnya kan?. Selaku peminat ianya merupakan satu aktiviti yang amat mengasikkan dan menyeronokkan bukan saja kepada pemandu tapi juga kepada penonton. Aktiviti yang saya maksudkan biasanya dilakukan dijalankan dijalan raya kita terutama sekali dibandar bandar besar pada waktu malam apabila bilangan kenderaan dijalan raya mula berkurangan. Tapi ada juga yang menjalankan aktiviti ini secara sah dan tidak menyalahi undang undang melalui Kelab Kelab permotoran yang berdaftar. Saya bukannya “Anti” kepada aktiviti Drift ini…..kerana saya sendiri pun amat meminatinya dan mengamalkan aktiviti riadah ini tapi dalam bentuk miniature…… yakni dengan mengunakan Model kenderan miniature dalam berskala 1/8 atau 1/10 dengan mengunakan alat kawalan jauh. Beberapa buah Kelab sedang tumbuh dikebanyakkan tempat di Malaysia ini dimana aktiviti ini dijalankan. Disamping ianya tidak membahayakan diri Pemandu ( Anda yang mengawal ) serta peminat peminat yang menonton , serta kemungkinan merosakkan harta benda awam seperti papan papan tanda serta permukaan Jalan Raya awam, aktiviti ini juga memberikan keseronokan dan kepuasan yang tak kurang hebatnya kepada yang mengemarinya. Sekiranya anda telah mempunyai kemahiran untuk mengawal kenderaan kawalan jauh anda, teknik memandu cara Drifting boleh dilakukan seperti kereta biasa malah kesannya ianya lebih mengasikkan lagi. Kesan Drift keatas Model miniature ini akan lebih hebat sekiranya anda mampu untuk membeli dan memasang sejenis alat yang digelar “Drift Assist ie. D’Box” dari pengeluar HPI . Di tepi laman Blog ini saya telah pautkan beberapa koleksi Video Klip yang menunjukkan keseronokkan aktiviti ini untuk anda layari dan melihat sendiri apa yang anda boleh dilakukan didalam dunia miniature permotoran ini.

Kemwell - Your Discount Car Hire Solution

Satu lagi cabang permainan Model Kawalan Jauh yang boleh anda ceburi ialah alat permainan Model Kapal Terbang dan Helikopter. Berbagai bagai jenis model dan jenis yang boleh kita miliki mengikut kemampuan. Sekiranya anda kurang mampu anda boleh mencuba membeli Model kapal terbang yang mengunakan kuasa Elektrik atau pun kuasa injin Nitro. Mungkin kos untuk memulakan Hobi ini akan cuma dalam lingkungan Ringgit Malaysia ratusan atau pun seribu lebih keatas jauh lebih murah jika kita mengunakan kenderaan kita sendiri yang telah diubahsuai untuk mendapatkan kesan Drift yang diinginkan. Setelah mempunyai kemahiran dan minat yang lebih mendalam bolehlah beredar ke Kategori Kapal terbang yang dijalankan oleh kuasa Jet Turbine. Yes I am talking a real Jet Turbine Engine tapi dalam skala miniature. Ini mungkin memakan perbelanjan yang agak tinggi….. Tapi sekiranya minat itu telah ada , kos mungkin akan merupakan perkara kedua bukan…? Correct me if I’am wrong. Saya pernah terbaca sebuah artikel dimana seorang kaki pancing sanggup membeli peralatan memancing yang berharga ribuan ringgit semata mata kerana minat yang kuat atas Hobi memancing ini.helicopter450sev2-banner.jpg
Satu perkara yang perlu saya ingatkan disini…. Permainan model model kawalan jauh ini bukanlah dikategorikan sebagai alat permainan(Toys) yang boleh kita berikan kepada anak anak kita kerana ianya dikategorikan sebagai Adults Toys ( Jangan salah faham ok?) / permainan untuk orang dewasa. Mengapa saya mengatakan sedemikian kerana dengan menceburi aktiviti ini, para peminat Hobi ini akan belajar segala macam teknik seperti membuka dan memasang bahagian bahagian ( Parts) atau pun memperbaiki dan menjaga Injin sama seperti kita menjaga kenderaan sebenar. Sekiranya anda bercadang untuk membeli pakej peralatan kawalan jauh ini, ada dua kaedah yang anda boleh lakukan iaitu membeli dalam pakej Body Kit( Unassembled) atau pun pakej RTR( Ready to Run). Seperti Model kereta Nitro ianya dijalankan dengan mengunakan injin miniature jenis “Two Stroke Engine” yang dilengkapi dengan alat Curburetor yang perlu diFine Tuning untuk mendapatkan kuasa optima. Begitu juga dengan Model kapal terbang…. Jenis yang dijalankan dengan injin Nitro seakan sama dengan injin kereta, tapi sekiranya kita mampu membeli jenis yang mengunakan kuasa Jet Turbine Engine….tak tahulah mungkin kita terpaksa mengikuti beberapa kursus daripada Jurutera Aeronotikal untuk mempelajari cara cara memasang dan memperbaiki injin Jet Turbine….disamping belajar cara cara menerbangkan Jet Pejuang daripada Juru Terbang yang bertauliah.

Apa pun tujuan saya menulis artikel ini yang menjurus kepada topik Hobi yang saya sebutkan diatas antara lain cuba memberi kesedaran kepada rakan rakan diluar sana bahawa masih ada satu bentuk Hobi yang sihat yang boleh kita ceburi yang akan memberikan kita Trill dan Kepuasan yang hampir sama…. tanpa harus was was akan menjadi mangsa kena cekup oleh pihak berkuasa kerana menyalahi peraturan Jalan Raya dan merosakkan harta awam. Di dunia miniature permotoran ini kita tidak perlu kuathir kepada sesiapa kerna ianya boleh dilakukan dimana mana saja kawasan kosong seperti tempat letak kereta atau taman taman permainan. Dibawah ini saya tinggalkan beberapa alamat Laman Web pembekal pembekal tempatan dan juga Luar Negara yang anda boleh layari. Mungkin disini anda boleh mendapati sesuatu yang anda minati.

banner-tawaran-bio-asli.gif1). Hobby Performance Centre ( Semanjung Malaysia )

2). Niko Malaysia.Com (Semanjung Malaysia)

3). Diahua General Store ( Sabah )

4). RC.Smart MArketing Sdn Bhd(Semanjung Malaysia)

Pembekal Luar Negara

1).RC Universe.Com

2). HPI.Com

3).Trend Times.Com

Itulah tadi sebahagian daripada pembekal tempatan dan juga luar Negara yang anda boleh layari… Mungkin diluar sana masih banyak lagi Pembekal Pembekal yang kita tidak ketahui… Selamat menceburi Hobi ini dan jumpa anda di gelangang gelangang perlumbahan..Salam Sejahtera sekali lagi kepada anda semua. Sekian…

JAY

For : Jay Twilight.Com


Klik Banner Dibawah

lg-54202-p51-mustang1.jpg



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: