Zai Enterprise.Com

Just another WordPress.com weblog

RAKYAT TELAH BERBICARA :-Oleh Jay

Posted by Welcome to Jay Twlight.Com on March 12, 2008

my-self-photo2.jpg

ArtistScope

  • WOW!! Get seen — get paid! You can now get paid to drive your car, wear T-shirts, and more! Just join the EyeEarn Advertising Network and start earning money effortlessly while you go about your day! It’s fun, easy, and no experience is necessary! Interested ? Click This link for details.
    • INGIN MENGATAHUI RASHIA MEJANA PENDAPATAN MELALUI KAEDAH

    XFACTOR AFFILIATE PROGRAM? KLIK PAUNTAN DIBAWAH INI UNTUK

    MENDAPATKAN JAWAPANNYA :http://xfactoraffiliate.com/

      Assalamualikum dan bertemu lagi di Laman Blog Jay Twilight.Com. Anda semua apa khabar? tentunya semua sehat sehat dan lega dengan apa yang baru berlalu? Ya kini bahang panas Pilihan Raya Umum kali ke 12 yang telah menghantui kita beberapa minggu kebelakangan kini telah pun berlalu dan sekali lagi kita telah melihat hasil dari apa yang rakyat inginkan.

      Para pembaca yang saya hargai jika beberapa tulisan saya yang lalu kesemuanya menjurus kepada cara cara dan kaedah penjanaan pendapatan tambahan dan sebagainya, tapi kali ini saya ingin menulis artikel saya yang berorientasikan kepada suasana Politik kita sejak kebelakangan ini sehingga berakhirnya Pilihan Raya Umum baru baru ini. Sebelum itu ingin saya perjelaskan saya bukanlah seorang penulis atau penanalisis Politik , ini merupakan penulisan saya yang julung julung kali berkisar ke isu sebegini , jadi tentu sekali banyak kelemahan dari segi penggunaan bahasa , Istilah Politik , ulasan dan sususan ayat. Harap para pembaca setia diLaman Blog ini sedia maklum. Saya amat mengharapkan pendapat dan komen komen anda berhubung tulisan saya ini demi memperbaiki lagi teknik penulisan saya dimasa masa yang akan mendatang. Saya akan cuba menulis artikel ini dengan berpendirian selaku penulis ” Neutral ” , dengan ertikata lain tidak akan menyebelahi mana mana pihak.

      Keputusan pilihan raya yang mengecewakan dalam sejarah gabungan perikatan yang telah sekian lama BERTAPAK UMBI dan memonopoli sebahagian besar Negeri didalam Malaysia sejak dulu , kini terbukti akibat dari kesan ” Wind Of Change ” yang telah diwar warkan sebelum ini . Ini terbukti dengan bertambahnya bilangan Negeri yang tewas ditangan pencabar dari parti lawan dan kini jatuh ketangan pihak Pembangkang . Beberapa buah Negeri yang selama ini boleh dikatakan sebagai Kubu kuat Barisan Nasional telah jatuh ketangan pihak Pembangkang dalam sekilip mata saja atas kesan dan bukti bahawa Hak Rakyat telah dilaksanakan. Apa yang dapat kita lihat inilah yang dikatakan” Yang Dikejar Tak Dapat Yang Di Kandung Keciciran“. Dalam kegairahan dan ketamakkan mengejar dan ingin menawan Negeri Kelantan , jentera Barisan Nasional telah leka untuk mempertahan kubu kuat yang sedia ada sehingga gagal mempertahankan apa yang telah dimiliki sebelum ini dan kehilangan pula beberapa buah Negeri lagi ketangan Parti Pembangkang.

      Cheap Watch Deals

      Saya ingin merujuk kepada petikan dari sebuah artikel berbahasa English yang berbunyi ” Malaysia’s premier has no plan to step down after leading his ruling coalition to its worst-ever election disaster in which the opposition Islamists and reformists won control of five of the nation’s 13 states. Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s multi-racial National Front coalition won just a simple majority in parliament, and his future as leader is in doubt after he watched a record majority collapse to the weakest level ever.” Dari petikkan artikel berkenaan kepada rakyat yang ingin melihat perubahan dan ingin terus mempertahankan Intergrasi Nasional dan yang paling penting menyatukan semula kepercayaan dan keyakinan orang Melayu khasnya , yang telah menikmati kemajuan yang telah dicapai dan dikecapi hasil pengorbanan Pemimpin Pemimpin terdahulu, saranan untuk Pemimpin tertinggi mengundurkan diri harus dikaji semula dan pihak berkenaan pula perlu akur dengan kehendak semasa Rakyat jelata. Rakyat kini ingin melihat sesuatu perubahan dalam corak kepimpinan selepas the “Lagendary Tun.Dr.Mahathir Mohammad” yang sejak kebelakang ini telah banyak memperlihatkan pertadbiran yang lemah, berat sebelah dan sikap para pemimpin yang semakin Egoist.

      The Rich PomIsu utama seperti kenaikan harga minyak dan barang keperluan asas yang tidak terkawal sejak kebelakangan ini , semuanya memberi kesan dan impak yang berat kepada Rakyat keseluruhannya, telah membuat rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan yang ada kini. Disamping itu kritikan kritikan lantang terhadap Pemimpin berkaliber sebelum ini oleh kepimpinan kepimpinan baru yang Egoist, secara tidak langsung menaikkan kemarahan dan kebencian terhadap pemimpin sekarang. Kesannya ” Kerana Nila Setitik Rosak Santan Sebelangga“. Itulah yang berlaku kemarahan rakyat telah dibuktikan melalui pilihanan yang telah ditunjukkan melalui pilihan raya baru baru ini . Tapi apa yang kita lihat seperti yang dijelaskan dalam petikkan artikel itu lagi “But Abdullah had no plan to quit, his spokesman said yesterday, despite urging by predecessor Mahathir Mohamad that the prime minister must take responsibility for the election defeat…..” dan sebaliknya pula meminta supaya Rakyat bertenang dan bersabar masa akan merubah keadaan.

      Internet Stones.com

      Rakyat boleh bertenang dan boleh saja meneruskan penghidupan seperti biasa, tapi hakikatnya rintihan dan maasalah yang sebelum ini dirasai adakah akan mendapat pembelaan dari yang dibertanggunjawabkan? Si kaya akan terus diberi peluang menjadi lebih kaya dan si miskin akan terus menjadi miskin tanpa pembelaan . Peluang peluang perniagaan akan terus diagihkan kepada mereka mereka yang rapat dan dikenali sahaja dan bukan dilihat dari apa yang mereka dan anda tahu…. Pemberian Kontrak Kontrak Mega secara ” Direct Award ” harus dihapuskan serta merta kerana disinilah pengaliran Kazanah Negara dibelanjakan secara pembaziran tanpa kawalan dan pemantauan. Kontrak Kontrak Konsesi yang telah diberikan kepada mereka yang berkepentingan harus dikaji semula kerana ianya tidak berpihak kepada Kerajaan hanya bertujuan memenuhi poket segelintir disamping mutu kerja yang diragui dan Sub Standard.

      Kemwell - Your Discount Car Hire Solution

      Kepada pihak Parti Pembangkang seperti PAS , PKR dan DAP anda semua haruslah bersatu padu untuk menjadi Pembangkang yang lebih kuat lagi di Dewan Rakyat dan juga Dewan Palimen…. Mandat untuk mentadbir Negeri dibawa tiket Pembangkang telah pun diberikan kepada anda untuk membuktikan kepada Rakyat bahawa ” The real Wind Of Change is finally in sight“. Buktikan apa yang anda boleh lakukan kepada rakyat yang telah memberi mandat kepada anda semua. Dengan suara pembangkang yang lebih lantang kita penuh keyakinan sesuatu keputusan yang diambil oleh pihak Pemerintah kelak tidak lagi akan dibuat sewenang wenangnya. ” We the Rakyat want to see the real Demokrasi being implemented this time ever….”. Kita tidak mahu lagi melihat wakil wakil rakyat yang hadir keDewan Rakyat atau Dewan Parlimen sekadar memenuhi Kaota dan menghabiskan masa dengan tidor dibelakang kerusi empok Dewan “as back bencher” seperti yang dilakukan oleh segelintir wakil Rakyat Parti Pemerintah sebelum ini serta menuntut Elaun percuma . Kini rakyat sentiasa boleh melihat apa yang berlaku didalam Dewan Rakyat dan Dewan Parlimen , jadi jalankan tugas anda sepertimana yang telah diamanatkan. Gelaran Y.B. yang anda perolehi perlu ditukar dari pada gelaran Yang Berhormat kepada gelaran Yang Berkhidmat.

      Apa pun demam pilihan raya telah pun berlalu dan kita pun perlu menjalankan tugasan harian untuk mencari rezeki seperti biasa. Saya akan menutup tulisan saya disini kerana tujuan pengujudan Laman Blog saya ini sebenarnya berorientasikan Penjanaan Pendapatan ( Business Oriented ), jadi tulisan saya sebegini mungkin merupakan tulisan saya yang pertama dan terakhir anda akan lihak di Laman Blog ini. Didalam artikel saya yang akan datang, saya akan menulis semula artikel yang menjurus kepada tujuan asal saya.
      Untuk itu Salam untuk semua dan selamat menjalankan penghidupan anda… PEACE
      JAY,
      For: Jay Twilight.Com

      Hair Care Everywhere
      Car Audio Plus
      Car Audio Plus

      ADD A CD Changer


      Choppers Apparel








      banner-tawaran-bio-asli.gif







      Leave a Reply

      Fill in your details below or click an icon to log in:

      WordPress.com Logo

      You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

      Twitter picture

      You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

      Facebook photo

      You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

      Google+ photo

      You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

      Connecting to %s

       
      %d bloggers like this: